Tuesday, July 28, 2009

Disebalik : Cuti

Samada korang suma perasan ke tak, universiti pertama yang ditutup gara-gara selesema babi nih ialah UiTM Melaka. Aku masih lagi fikir cuti ini adalah satu konspirasi membengangkan para pelajar yang busy dengan aktivti minggu-penuh-kekecewaan-dan-geram-disebabkan-aktiviti-yang-besar-besaran. 

Pastu berjangkit lak sampai ke negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Abis citer, bos UiTM amik cuti raya letak kat minggu ini sebagai cuti kecemasan. Gara-gara para pelajar yang selalu melawat kampus adik-beradik UiTM nih, suma aktiviti untuk minggu ini terbatal dengan sendirinya. Ko boleh tanya sendiri kat Faradiba; tak tau lah lepas kau tanya dia bunuh kau. 

Sila awal-awal mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum menanya beliau. Cheewah...padahal aku sendiri sama jugak. Padan muka aktiviti debate club tertangguh seminggu.

Maka dengan cuti awal ini jugaklah yang memungkinkan cuti raya kita menjadi DUA HARI sahaja. Ini adalah disebabkan keputusan bos yang ternyata kedekut mahu memberi cuti berlebihan kepada para pelajar sekalian. 

Akan ku nukilan kepada semua orang bahawa mungkin tiada kelas ganti disebabkan jadual kita masih sama. Cuma minggu pembelajaran dalam jadual matapelajaran yang hanya dibawa ke atas. Ingat, bulan September kita mana ada cuti lagi. Jadi, secara teknikalnya, kita tiada masa yang dibazirkan.

Akan tetapi, disebabkan kelas kuliah hanya berumur tiga minggu, maka ini merupakan peluang aku untuk catch-up dan recap semua matapelajaran dalam masa seminggu ini. Kan sikit sahaja input yang diberi, maka inilah peluang terbaik untuk memadatkan semua sekali dalam otak. 

Jangan haraplah aku nak buat macam tu. Report praktikal kat padang golf lagi belum siap.....Apakah? Tapi keazaman aku akan memastikan bahawa semua kemalasan itu tidak akan mempengaruhi apa segala yang aku lakukan walaupun aku busi dengan Facebook dan pelbagai; tambahan lagi oleh internet free by the local government kat Kuching. Yes, free wifi sampai ke jamban lagi.

Selain itu, cuti akan membantu pihak pentadbiran dalam menguruskan jadual universiti secara keseluruhannya termasuk kampus-kampus cawangan. Bayangkan ko ada paper ETR ari ni tapi orang kat Perak or Melaka sit paper yang sama dua ari depan. Tak adil bukan, soalan bocor lagi...maka itulah cara penyelesaiannya dengan memberi cuti.

Tambahan pula, dengan memberi cuti dengan tiba-tiba, maka para pelajar tidak tahu untuk membuat apa dek kerana pemikiran mereka yang tidak melihat secara terlalu kehadapan sekiranya minggu ini cuti. Tiba-tiba sahaja emergency holiday, maka kepada mereka yang tinggal jauh dari kampus yang mungkin dipisahkan oleh Laut China Selatan, aktiviti terperuk di dalam bilik sambil monorrent cerita dan mendengar lagu selama TUJUH hari berturut-turut. Mujurlah rumah aku dipisahkan oleh MPH dan Coffeebean.

Maka itu dengan ini, korang suma silalah enjoy holiday korang yang bukan macam holiday nih. 

1 comment:

Anonymous said...

i holiday ke x holiday same jek. hihi~!

ShareThis