Friday, March 6, 2009

Keletihan...

Disebabkan hari ini ialah hari Jumaat, maka aku akan menulis kiriman dalam bahasa Malaysia. Bukannya apa, tiap-tiap hari aku speaking letih jugak tau. Dah la kiriman pun dalam bahasa Inggeris; nanti bahasa ibunda aku jugak yang berkarat karang.

Aku sekarang ni kat UiTM Shah Alam; Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 (PTAR2) secara terperinci. Memang aku letih gila babi tahap gaban punya.

Bayangkan, sampai kat Lapangan Terbang Antarangbangsa Kuching (KIA) pukul 8 pagi. Dah tu pulak belum pekena sarapan pagi lagi! Nak memburukkan keadaan pulak bila penerbangan tu pukul 9.30 pagi dan selamat tiba di Terminal Penerbangan Murah (LCCT) hampir jam 11.00 pagi. Dah tu terpaksa secara bergesa-gesa pergi UiTM Shah Alam kerana mesyuarat untuk pemilihan peserta bagi Debat ASEAN akan bermula jam 3.00 petang.

Dah sampai tu, bertemu lak dengan Fuad; kawanku kat UiTM Kota Samarahan dulu. Sementara menunggu pejabat Kolej Perindu buka, Nizam, Fuad dan aku pergi makan tengahari sekejap. Selepas tu bila nak daftar bilik, kunci yang disediakan oleh pihak kolej hilang dari meja diorang. Nizam dan aku macam, "Apa kejadah semuanya ni? Dah la nak berebut pergi mesyuarat lepas ni". Jadi aku pun tunggu dan akhirnya bilik dah ada tapi kunci pulak tak ada.


Jadi kami berdua tinggalkanlah beg kita orang kat bilik Fuad sekejap. Lepas tu Nizam tersemput-semput berjalan pasal bilik mesyuarat kat Kolej Seroja tu jauh sangat. Aku yang bekas atlet jalan kaki selamba jer berjalan.

Nizam tak der bilik kerana apabila aku balik kembali ke bilik, ada tiga orang mamat ni yang telah mengambil 3/4 katil. Jadi katil yang tinggal aku yang punya lah. Nizam pulak tinggal dalam bilik Fuad. Kepada Nizam, aku minta maaf banyak-banyak. Aku tak berniat pun.

Bila dah sampai, kita orang membuat pilihan secara rawak untuk kedudukan dalam kumpulan debat berserta dengan ahli kumpulan. Aku dapat kumpulan dua dengan kedudukan sebagai pendebat penjawab; ketiga la. Tambahan pulak, aku sama kumpulan dengan teman lelaki Sarah Yasmin!!!! Gembiranya aku !!!! (aku gembira kerana aku bersama dengan orang yang penting dalam hidup Sarah Yasmin. Korang jangan nak fikir macam-macam pulak, okay?). Dalam kedua-dua pusingan debat tu, aku kekal dengan kedudukan aku sedangkan semua orang lain bertukar posisi. Dah la aku berlawan dengan budak Kelab Debat UiTM Shah Alam, jadi korang tau lah macam mana perasaan gabra dan gementar aku ketika memberi ucapan. Tapi alhamdulillah, semunya berjalan lancar cuma diantara semua pendebat yang terlibat, aku sorang je yang tak memberi "Kenyataan Pemberitahuan" (P.O.I).

Habis je debat, aku dan tiga orang pendebat dari mana ntah pergi bilik dan tidur. Pagi tadi aku bangun pukul 5.45 pagi dan menyelesaikan tugasan yang diberi oleh lecturer subjek bahasa Inggeris aku; BEL 311 Term Paper.

Lepas jer siap, aku pun menghantar kepada pensyarah aku melalui e-mail. Nasib baik dia boleh bertolak-ansur dengan aku. Kalau tak, melayang 10 markah.

Nizam pulak pergi ke MidValley dengan pendebat dari Sabah; Azel namanya. Aku pun apa lagi, rasa terasing lah. Pasal aku sorang-sorang, tak kenal sesiapa dan macam-macam lagilah. Dah lah kecantikan sini aku boleh umpamakan sebagai species yang terancam. Aku nak balik UiTM Kota Samarahan!!!!!

P/S: Terus-terang aku ingin menyatakan disini bahawa aku hampir-hampir nak menangis kerana terlalu rindukan rumah (kampung halaman ler). Aku nak balik hari ni jugak!!! Aku tak kira!!!! Aku tak nak disebabkan debat ni, aku menangis. Taubat aku tak nak kembali ke UiTM Shah Alam balik. Aku rindukan rumah!!!!

No comments:

ShareThis